Tadika Islam






PENGENALAN

Tadika Darul Irsyad merupakan model pendidikan pra-sekolah berkonsepkan Islam berpandukan al-Quran dan Sunnah, yang mampu mengembangkan potensi anak-anak dari segi rohani, emosi, intelektual dan jasmani.

Kurikulum dan kokurikulum Tadika Darul Irsyad telah direkabentuk sebagai alternatif kepada ibubapa untuk memilih pusat pendidikan pra- sekolah  untuk anak-anak sebagai persediaan menempuhi alam persekolahan penuh.


OBJEKTIF

1.    Menyediakan wadah pendidikan awal dengan kaedah pendidikan berorientasikan Islam
2.    Menanam dan membina asas tauhid dalam diri dan kehidupan kanak-kanak.
3.    Membina akhlaq Islam yang tulen supaya menjiwai peribadi mulia Rasullullah S.A.W
4.  Menyediakan rangsangan yang bercorak Islamiah, sesuai dengan perkembangan intelek, rohani dan jasmani kanak-kanak.
5.    Mengenali kehidupan Islam yang sesuai dengan peringkat umur dan kematangan mereka.
6.    Memberi pendidikan asas mengenai kemahiran berkomunikasi dalam kehidupan seharian. 


KURIKULUM

Tadika Darul Irsyad menggunakan kurikulum pra-sekolah bersepadu yang di keluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia, merangkumi matapelajaran akademik dan juga agama mengikut sukatan  pra-sekolah :

·         Matapelajaran Akademik:
a.    Bahasa Melayu,
b.    Bahasa Inggeris.
c.    Matematik
d.    Sains

·         Matapelajaran Agama:
  1. Al-Quran (Hafazan Surah, Mengenal huruf Bacaan Al Quran)
  2. Fardhu Ain (Amali Solat, Ibadah, Akhlak, Aqidah dan Sirah)
  3. Bahasa Arab (Bahasa Arab Komunikasi)
  4.  Jawi (Asas-asas Mengenal tulisan dan bacaan jawi)


MAKLUMAT


Skop kurikulum berpandukan kepada Kurikulum Standard Prasekolah Kebansaan Kememterian Pendidikan Malaysia serta diintegrasikan dengan kurikulum khas yang dirangka oleh ABIM iaitu : Fardhu Ain, Al-Quran, Bahasa Arab dan Jawi.

Penyelaras Aktiviti dan Kurikulum tadika ini dipengerusikan oleh Ustazah Hajah Che Puteh binti Mohd Saad, berpengalaman selama 25 tahun dibidang pendidikan, lepasan Institut Pengajian Ilmu-ilmu Islam (IPI-ABIM), seorang pendidik di Sekolah Rendah Islam Alor Setar.