Muqaddimah


Darul Irsyad adalah sebuah pusat pendidikan dan pengembangan minda yang direncanakan sebagai pusat pengajian dalam usaha melahirkan individu yang berwibawa dan memahami ilmu-ilmu Islam.

Penubuhannya sebagai pondok moden, pusat ini diasaskan dan mula beroperasi pada awal tahun 2005, dengan menyewa satu ruang niaga MBAS, di Lot 4A, Rumah Kedai Peremba, Lebuhraya Sultanah Bahiyah, Alor Setar.

Bermula dengan 18 orang pelajar yang mengikuti kelas bimbingan al-Quran, dengan semangat dan istiqamah tenaga pengajar yang memikul amanah ketika itu aliran masuk pelajar kian bertambah. Kini sejak ditubuhkan dapat manfaatkan lebih 300 orang yang mendapat bimbingan di pusat ini.

Bagi memudahkan pengurusan dan faktor keselamatan para pelajar yang terdedah dengan kesebukan lalulintas, pada bulan Mac 2010 kelas bimbingan al-Quran yang ditempatkan di Rumah Kedai Peremba berpindah ke alamat No. 446, Taman Berjaya, Lebuhraya Sultanah Bahiyah, 05050 Alor Setar.

Dilokasi baru ini selain Kelas Bimbingan Al-Quran dan Fardhu Ain, ditempatkan juga Kelas Tadika Islam, Transit (khidmat penjagaan murid selepas selepas waktu sekolah) dan Bengkel Tulisan Khat.


No comments:

Post a Comment