Pengenalan
Darul Irsyad adalah singkatan dari nama Pusat Pengajian Al Quran Darul Irsyad, ianya diusahakan secara sukarela untuk memartabatkan al-Quran dengan menjadikannya sebagai satu Pusat Pengajian al-Quran yang berwibawa, dalam usaha melahirkan individu berkebolehan membaca al-Quran dengan bertajwid dan memahami ilmu-ilmu Islam.
Darul Irsyad adalah singkatan dari nama Pusat Pengajian Al Quran Darul Irsyad, ianya diusahakan secara sukarela untuk memartabatkan al-Quran dengan menjadikannya sebagai satu Pusat Pengajian al-Quran yang berwibawa, dalam usaha melahirkan individu berkebolehan membaca al-Quran dengan bertajwid dan memahami ilmu-ilmu Islam.
Sistem pengajaran dan pembelajaran di institusi ini mengabungkan cara pengajaran tradisional (sistem individu) dan moden (sistematik berkelas)
Usaha belajar membaca al-Quran dengan betul dan bertajwid adalah semulia-mulia bacaan. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud ; “BACALAH AL-QURAN DENGAN TELITI” (memelihara hukum tajwid)
Bacaan yuang salah adalah berdosa dan dilaknat oleh Allah s.w.t., berdasarkan sabda Rasullullah s.a.w. yang bermaksud : “Berapa ramai orang yang membaca al-Quran, sedangkan dia dilaknati” Tidak ada sesuatu yang ternilai melainkan ilmu yang manafaat untuk anak-anak.
Keistimewaan
Kaedah pembelajaran yang diperkenalkan di Institusi ini adalah mengikut kaedah qiraati, bacaan al Quran bertajwid dan tanda bacaan Resm Uthmani.
· Pengajian tanpa mengira peringkat umur (dewasa atau kanak-
kanak);
· Dibimbing secara individu (seorang demi seorang);
· Tenaga pengajar yang berkelulusan dan berpengalaman (Diploma
Tahfiz);
· Yuran pengajian yang berpatutan;
· Persekitaran dan suasana pembelajaran yang selesa;
· Sebuah kelas pengajian yang berdaftar; dan
· Sijil tamat pengajian disediakan.
"Didiklah anak-anak kamu kerana
mereka adalah generasi untuk zaman
yang lain dari zaman kamu"
(Maksud Hadith)
Perkara Asas Fardhu Ain
· Pelajar akan melaksanakan wudhu’ dan solat secara amali /
praktikal;
· Pelajar akan dilatih untuk menghafal ayat-ayat lazim dan ayat-ayat
pilihan berdasarkan teknik hafazan yang betul; dan
· Doa-doa harian dan zikir akan diajarkan sebagai amalan.
Jawi dan Bahasa Arab
· Pelajar akan didedahkan dengan teknikasas penulisan jawi;
· Pelajar akan mempelajari kalimah-kalimah arab yang mudah;
· Pelajar akan diperkenalkan angka-angka arab;
Aktiviti Tahunan
· Program-program motivasi pelajar;
· Kem Solat / khemah ibadah;dan
· Majlis anugerah kecemerlangan dan Khatam al Quran
"Sebaik manusia diantara kamu orang
yang mempelajari al-Quran dan
mengajarnya kepada orang lain"
(maksud Hadith)
Waktu Pengajian
( Ahad hingga Khamis )
Masa :
3.00 - 4.30 Petang
8.30 - 9.45 Malam
*Masa tertakluk kepada perubahan; dan
*Hari Kelepasan Am - Cuti
Untuk makluman anda juga boleh layari : www.darulirsyad.edu.my
Masa :
3.00 - 4.30 Petang
8.30 - 9.45 Malam
*Masa tertakluk kepada perubahan; dan
*Hari Kelepasan Am - Cuti
Untuk makluman anda juga boleh layari : www.darulirsyad.edu.my
No comments:
Post a Comment