Darul Irsyad adalah sebuah pusat pendidikan dan
pengembangan minda yang direncanakan sebagai pusat pengajian dalam usaha
melahirkan individu yang berwibawa dan memahami ilmu-ilmu Islam.
Penubuhannya
sebagai pondok moden, pusat ini diasaskan dan mula beroperasi pada awal tahun
2005, dengan menyewa satu ruang niaga MBAS, di Lot 4A, Rumah Kedai Peremba,
Lebuhraya Sultanah Bahiyah, Alor Setar.
Bermula
dengan 18 orang pelajar yang mengikuti kelas bimbingan al-Quran, dengan
semangat dan istiqamah tenaga pengajar yang memikul amanah ketika itu aliran
masuk pelajar kian bertambah. Kini sejak ditubuhkan dapat manfaatkan lebih 300
orang yang mendapat bimbingan di pusat ini.
Bagi
memudahkan pengurusan dan faktor keselamatan para pelajar yang terdedah dengan
kesebukan lalulintas, pada bulan Mac 2010 kelas bimbingan al-Quran yang
ditempatkan di Rumah Kedai Peremba berpindah ke alamat No. 446, Taman Berjaya,
Lebuhraya Sultanah Bahiyah, 05050 Alor Setar.
Dilokasi
baru ini selain Kelas Bimbingan Al-Quran dan Fardhu Ain, ditempatkan juga Kelas
Tadika Islam, Transit (khidmat penjagaan murid selepas selepas waktu sekolah)
dan Bengkel Tulisan Khat.